
Selepas setahun setengah beroperasi, Khairulaming yang merupakan influencer masakan dan usahawan mengumumkan di laman twitter beliau yang kini jualan Sambal Nyet telah mencecah 1,000,000 botol dan menjadikan total sales sambal Rm 14 juta ringgit.
Menurut beliau, pada awal Januari tahun lepas mereka cuma bermula dengan 10,000 botol semasa first launching. Disebabkan saiz lot kedai yang disewa agak terhad pada ketika itu, mereka hanya dapat selesaikan packing 10,000 botol tersebut dalam masa 10 hari.

3 bulan selepas launching, jualan Sambal Nyet berjaya reach Rm1 juta yang pertama. Sales yang mereka peroleh ini digunakan untuk rolling untuk buka kilang pertama seluas 14,000 sqft.

Bila kes covid meningkat tahun lepas, mereka terpaksa kurangkan production kilang sebanyak 75% untuk menjaga keselamatan semua orang di kilang.
Katanya, ketika itu barang supplier banyak yang sangkut, jadi mereka terpaksa beroperasi pada kadar paling minimum untuk beberapa bulan.
Selepas kes covid dah mula pulih, mereka teruskan proses renovation kilang dan membawa masuk mesin untuk memudahkan lagi proses penghasilan sambal. Dulu mereka bermula dengan 200 botol sehari, tapi sekarang dah boleh masak sehingga 5,000 botol sehari.

Katanya pada awal tahun ni, ketika mereka menyambut ulang tahun pertama Sambal Nyet, kilang pertama dah siap 90% renovation dan mereka dah boleh beroperasi dengan normal.


Walaupun mereka menghadapai banyak cabaran untuk operasi kilang pertama, mereka tetap berjaya menghasilkan jualan sebanyak 1 juta botol Sambal Nyet yang di hantar ke setiap customer di seluruh negara.

Khairulaming juga mengumumkan bakal membuka kilang kedua yang seluas 22,000 sqft di Kota Bharu. “Kilang kedua ini akan jadi tempat untuk naikkan lagi produksi Sambal Nyet dan jadi tempat persediaan untuk produk kedua nanti,” katanya.




Sambal Nyet ini di jual setiap hari (kecuali jumaat) dari pukul 10 pagi sehingga 4 petang. Boleh click link ini untuk pergi ke shopee Sambal Nyet.