Pikat Selera Anak Dengan Nugget Sayur Homemade Yang Comel!

Nugget sememangnya cukup digemari oleh anak-anak kita. Sifatnya yang mudah dibawa ke mana sahaja dan senang untuk goreng menjadikan ia sebagai pilihan utama. Namun menyediakan sendiri di rumah pastinya lebih sedap malah kandungannya terjaga dan lebih sihat buat anak-anak kita.

Resipi nugget homemade yang satu ini memang istimewa. Bukan hanya disediakan mengikut resipi berkhasiat bahkan diolah kreatif oleh Puan Yasreen Balqish Al Idrus buat anaknya, Emir Ashmal Sufi. Bukan seperti resipi biasa tetapi dijadikan dalam pelbagai bentuk dan rupa yang lebih kreatif agar mampu menarik perhatian si comel.

Resepi ada dibawah, sesuai untuk anak-anak. Ibu dan ayah pun boleh joint sekali.InsyaAllah bagus sebab tiada bahan pengawet dan msg.

Semua bahan dikisar bersama sedikit air.

Sayur sayur yang digunakan. Boleh gunakan sayur-sayuran lain seperti jagung atau sengkuang.

Bahan yang telah dikisar.

Saya masukkan serbuk ikan bilis bagi menggantikan garam dan serbuk perasa.

Sedikit tepung gandum dan tepung pulut.

Setelah digaul bersama sayur² stim dalam 20 minit.

Kemudian boleh di tekap menggunakan acuan

Sebelum digoreng, celupkan dengan telur dan kemudian celupkan dalam serbuk roti. Saya gunakan serbuk roti kosong, tanpa pewarna.

Selamat mencuba!

*Kredit: Majalah Pa&Ma