Cara Buat Nutella Homemade Yang Sangat Mudah & Sedap!

Anak-anak memang sukakan coklat Nutella.

Selain disapu pada roti, makan macam tu je pun boleh habis satu balang. Jadi bolehlah cuba buat Nutella homemade perkongsian Puan Danita Daniels ni.

Mudah sahaja. Malah kebersihan terjamin dan lebih jimat.

Anak-anak senyum lebar.

RESIPI NUTELLA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

300gm kacang hazelnut
200gm coklat susu ( milk chocolate) – cair dan sejukkan
4 sudu maka serbuk koko
130gm gula ising – ayak
1 sudu teh esen vanilla /vanilla extract
2 sudu makan minyak sayur / canola

CARA MEMASAK:

1. Panaskan ketuhar dan bakar kacang hazelnut pada suhu 180C selama 20-25 minit hingga naik bau. Pastikan tidak hangus.
2. Keluarkan kacang dan kupas kulit kacang menggunakan kain hingga semua kulit tanggal. Untuk mudah kerja, boleh beli kacang hazelnut yang telah siap kupas.
3. Masukkan kacang ke dalam food processor dan kisar hingga hancur dalam 2-4 minit.
4. Bila kacang hazelnut dah jadi hancur (tekstur macam kacang tanah nak buat kuih kacang tu), kisar lagi hingga jadi pes yang licin.
5. Masukkan serbuk koko, gula ising, coklat yang dicairkan, esen vanilla dan minyak.
6. Kisar lagi hingga jadi halus dan licin macam nutella yang beli di kedai.
7. Jika kisar guna blender, kena banyak kali berhenti supaya blender tak berbau hangus.
8. Kalau guna blender, setaip kali berhenti, kena kikis sisa kacang di bahagian tepi supaya semua bahan dapat kisar sempurna.
9. Masukkan nutella ke dalam balang atau bekas kedap udara. Ia tahan beberapa minggu dalam suhu bilik. Boleh juga simpan dalam peti sejuk.

*Kredit: Majalah RASA