Buat Yang Sedang Dalam Usaha Nak Kuruskan Badan, Jom Kita Ikut 15 Tip Doktor Ini!

Buat anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan tiada jalan mudah untuk mendapatkan berat badan ideal. Selain mengamalkan diet seimbang, mengawal pemakanan juga amat penting di samping kuantiti dan jumlah kalori yang diambil.

Memang bukan semudah yang disangka kerana usaha untuk menurunkan berat badan perlu disertai dengan kesungguhan, disiplin dan semangat yang tinggi. Tak boleh sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Penting untuk memilih cara diet yang betul bukan sekadar ikut-ikut sahaja. Jika tidak hasil yang diinginkan tidak seperti yang diidamkan. Apa-apa juga perkara memerlukan pengorbanan oleh itu apabila sudah tekad untuk menurunkan berat badan, jangan mudah berputus asa. Teruskan ‘perjuangan’ sehingga berjaya.

Berikut tip yang diberikan oleh Dr Hamid Arshat tentang panduan untuk menurunkan berat badan.

PANDUAN KURANGKAN BERAT BADAN

Pengalaman saya merawat pesakit-pesakit yang gemuk/obesiti memang agak menghampakan kerana hampir 90 peratus gagal menurunkan berat badan.

Yang berjaya turunkan pun hanya 10 peratus dari berat asal. Lepas itu hilang kawalan dan berat naik semula melebihi tahap asal.

Faktor yang amat penting untuk berjaya ialah mengubah cara gaya hidup khususnya tabiat makan. Saya nasihatkan mereka tentang kawalan dan kurangkan amount makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbihaidret saperti nasi, roti, mi, kuih-muih, donut, biskut dan makanan junk.

Saya juga tekankan tentang exercise, berjalan kaki, atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari. Perlu kuatkan azam dan kesungguhan serta berusaha dengan tekun untuk mengubah beberapa tabiat yang tidak sesuai.

CUBA AMALKAN PANDUAN-PANDUAN INI:

1. Jangan terlalu laju makan. Habiskan makan selama 20 minit. Jangan cuba berlumba untuk habiskan makanan antara suami isteri. Kunyah perlahan-lahan sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit atau lebih diperlukan untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.

2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan-makanan sampingan menyumbang kepada kenaikan berat badan.

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah-buahan. Masak sayur sekejap tanpa overcooking, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah-buahan mengandungi banyak fiber, vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemukkan.

4. Mulakan makan dengan buah-buahan diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh mengenyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makanan bergula dan yang dibuat daripada tepung gandum seperti donut, kek dan lain-lain. Makan ‘whole grain’ wheat. oat, barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.

8. Minum teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.

9. Makan di rumah dengan masakan sendiri sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.

10. Amalkan ‘berhenti rehat seketika waktu tengah makan.’ Masa itu ia akan berasa kenyang. Minum air mineral waktu rehat makan.

11. Amalkan kunyah ‘chewing gum’ ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan sedikit di hadapan orang lain tetapi di belakang, atau senyap-senyap ia ulang makan.

12. Gunakan pinggan kecil (10′) menggantikan pinggan besar (12′) untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil. Lebihkan sayurs-sayuran atau salad dan lauk-lauk dalam hidangan serta kurangkan nasi.

13. Bila makan di restoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak-kanak, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau ‘craving’ makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketagih atau ‘craving’ makanan yang manis. Makan buah-buahan atau kacang-kacang waktu ketagih nak makan, jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.

15. Berjalan 30 minit sejauh 2 hingga 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah. Exercise hingga berpeluh. Jauhkan minuman manis selepas exercise atau berkerja. Minum air mineral saja.

Sumber kredit: Dr Hamid Arshat