Lihat Bagaimana Cikgu Ini “Makeover” Interior Flat Jadi Cantik!

Ramai memberi perspektif sangat negatif terhadap kediaman jenis flat. Namun ramai telah mengubah perspektif tersebut seperti yang dilakukan oleh Cikgu Farid Saadul Baharim.

Rumah pertama yang dibina untuk menjadi syurga bersama isteri dan isi rumah yang bakal hadir merupakan sebuah flat yang diubah sui interior bak kondo. Pemilik yang suka dekorasi rumah telah memilih rona hitam dan putih sebagai tema.

Pemilihan tema hitam putih dalam rumah tidak salah cuma kena pandai main warna.

Continue reading Lihat Bagaimana Cikgu Ini “Makeover” Interior Flat Jadi Cantik!

Resipi Aiskrim Sihat Buat Anak Tak Tolak Sebab Rasa Macam Kat Kedai!

Kanak-kanak mana yang tak sukakan aiskrim? Sebut sahaja aiskrim, anak sanggup buat apa sahaja yang disuruh mak ayah. Begitunya hebatnya makanan yang satu ini. Disebabkan anak ikhlas membantu mak ayah, terpaksalah dengan rela hati belikan aiskrim walaupun hakikatnya punya kandungan gula yang tinggi.

Tak payah pening dan susah hati bila mak ayah mencuba resipi yang dikongsikan oleh ibu ini, Pn. Widyana di facebooknya. Resipi aiskrim sihat yang dikongsikannya bukan hanya tiada kandungan gula malah hanya menggunakan empat bahan sahaja untuk disediakan. Nampak pun sedap.

Continue reading Resipi Aiskrim Sihat Buat Anak Tak Tolak Sebab Rasa Macam Kat Kedai!

Resipi Berpantang Simple 5 Langkah. Sedap & Suami Pun Confirm Boleh Masak!

Dalam keadaan tertentu, ada di kalangan ibu bersalin dan suaminya lebih selesa memilih berpantang sendiri di rumah kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

Jadi, dalam keadaan sebeginilah, suami perlu menjalankan tanggungjawabnya. Memandangkan isteri masih lemah, dia memerlukan sokongan dan bantuan daripada suami untuk beberapa urusan termasuklah hidangan makanan berpantang.

Di sini saya kongsikan resepi-resipi yang boleh para suami sediakan. Langkah penyediaannya mudah sahaja. Pasti selepas ini suami boleh dipanggil papa chef!

Continue reading Resipi Berpantang Simple 5 Langkah. Sedap & Suami Pun Confirm Boleh Masak!

Mengamuk, Meragam Dan Buat Perangai Petanda Anak Alami Masalah Ini, Mak Ayah Sila Take Note!

Berdepan dengan masalah anak mengamuk, meragam dan buat perangai sememangnya memeningkan kepala. Hilang kesabaran ibu bapa kala berdepan dengan masalah sebegini. Pun begitu jangan cepat melabelkan anak. Adakalanya anak sedang mengalami Recognition Hunger dalam dirinya.

Menurut Dr Taufiq Razif mak ayah perlu sensitif dengan perubahan emosi dan perangai anak-anak. Adakalanya anak bukan saja-saja nak mengamuk, ada sebabnya tersendiri. Ikuti nota keibubapaan daripada beliau.

Continue reading Mengamuk, Meragam Dan Buat Perangai Petanda Anak Alami Masalah Ini, Mak Ayah Sila Take Note!

Ini Rahsia Masak Sekejap, Tapi Tak Liat.

Teringin nak makan daging tapi nak masak cepat, maka pilihan menu adalah daging yang bergoreng atau tumis. Dua cara masak ini 10-15 minit boleh siap, tapi ramai yang komen tekstur daging liat atau keras.

Untuk mengelakkan daging keras atau liat, korang baca info yang kami kongsikan ini, ia boleh membantu menyelesaikan masalah dan menjadikan masakan lebih sedap.

Continue reading Ini Rahsia Masak Sekejap, Tapi Tak Liat.

Buat Yang Sedang Dalam Usaha Nak Kuruskan Badan, Jom Kita Ikut 15 Tip Doktor Ini!

Buat anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan tiada jalan mudah untuk mendapatkan berat badan ideal. Selain mengamalkan diet seimbang, mengawal pemakanan juga amat penting di samping kuantiti dan jumlah kalori yang diambil.

Memang bukan semudah yang disangka kerana usaha untuk menurunkan berat badan perlu disertai dengan kesungguhan, disiplin dan semangat yang tinggi. Tak boleh sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Penting untuk memilih cara diet yang betul bukan sekadar ikut-ikut sahaja. Jika tidak hasil yang diinginkan tidak seperti yang diidamkan. Apa-apa juga perkara memerlukan pengorbanan oleh itu apabila sudah tekad untuk menurunkan berat badan, jangan mudah berputus asa. Teruskan ‘perjuangan’ sehingga berjaya.

Berikut tip yang diberikan oleh Dr Hamid Arshat tentang panduan untuk menurunkan berat badan.

Continue reading Buat Yang Sedang Dalam Usaha Nak Kuruskan Badan, Jom Kita Ikut 15 Tip Doktor Ini!

Lihat Dan Tiru Apa Mak Ayah Buat, Tunjuk Rasa Bahagia Dan Gembira Saja Depan Anak-Anak, Kasih Sayang Makin Hebat!

Ibu bapa menjadi role model pada anak-anak. Apa yang dilihat anak-anak itulah yang di ikuti dan diingatinya. Memberi contoh yang terbaik buat anak-anak sememangnya perlu menjadi satu tanggungjawab mak ayah kini.

Sebagai figura yang berperanan besar, kita sebagai mak ayah wajib memperlihatkan yang baik-baik sahaja.

Selain memperlihatkan budi pekerti yang mulia malah mempamerkan rasa gembira dan bahagia depan anak-anak juga perlu.

Kata influencer yang juga seorang bapa penyayang ini, Dr Taufiq Razif, memberi kebahagiaan pada anak-anak perlu datangnya daripada rasa bahagia mak ayah itu sendiri. Baru aura kebahagiaan mak ayah mampu diserap pada anak-anak.

Continue reading Lihat Dan Tiru Apa Mak Ayah Buat, Tunjuk Rasa Bahagia Dan Gembira Saja Depan Anak-Anak, Kasih Sayang Makin Hebat!

Bila Isteri Nak Mengadu, Suami Jangan Malas Layan Isteri! – Deep Pesanan Imam Muda Hassan.

Suami isteri saling memerlukan antara satu sama lain. Apabila isteri hendak mengadu, suami janganlah malas melayan isteri. Dengarkan sahaja apa yang cuba dikongsikan oleh si isteri. Mungkin si isteri banyak kerja di pejabat atau mungkin pada hari itu si isteri banyak ditimpa masalah.

Dengarkan saja. Tidak perlu keluar apa-apa belanja pun. Hanya dengar apa yang si isteri ingin luahkan. Sebagai suami, anda bukan hanya sebagai teman hidup tetapi anda adalah segala-galanya buat seorang isteri.

Berikut perkongsian Imam Muda Hassan.

Continue reading Bila Isteri Nak Mengadu, Suami Jangan Malas Layan Isteri! – Deep Pesanan Imam Muda Hassan.

Jenis-Jenis Minyak Wangi Lelaki. Ini Tip Bagaimana Nak Cari Yang Bau Tahan Lama!

Seorang lelaki yang ingin tampil bergaya, kemas dan kacak bukan hanya bergantung kepada cara grooming dan juga pemilihan pakaian.

Tahukah anda antara faktor yang membuatkan wanita tertarik kepada lelaki adalah bau badan yang harum?

Jadi peranan minyak wangi dalam kehidupan harian anda memang sangat penting. Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis minyak wangi yang ditawarkan khusus buat lelaki.

Tak dinafikan penulis juga kadang-kadang buntu dan keliru untuk memilih minyak wangi manakah yang paling sesuai dengan bau badan, tahan lama dan sedap dihidu.

3 perkara tersebut merupakan faktor paling penting untuk kita titik beratkan sebelum membelinya. Tak guna kalau anda beli minyak wangi yang mahal namun bila dipakai tak sesuai dengan bau badan atau anda sendiri tak tahan akan baunya.

Continue reading Jenis-Jenis Minyak Wangi Lelaki. Ini Tip Bagaimana Nak Cari Yang Bau Tahan Lama!

Gemuk Sejak Tadika, Lelaki Ini Akhirnya Kurus Bila Amalkan Makan Nasi Segenggam & Stop Benda Manis!

Bukan senang orang berbadan besar ingin kurus. Jika tiada kesungguhan dalam diri pasti gagal untuk kurus.

Lebih membakar semangat untuk kurus apabila dia pernah diperli dan diejek dengan pelbagai gelaran memalukan sehingga kemurungan.

Gara-gara pengalaman pahitnya menjadi gemuk sejak tadika, Caden Harris berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan dengan tujuh tip kurus demi membantu orang yang ada masalah berat badan sepertinya.

Jom baca pengalaman dan perubahan yang dialaminya. Semoga perkongsian ini memberi anda semangat untuk menurunkan berat badan.

Continue reading Gemuk Sejak Tadika, Lelaki Ini Akhirnya Kurus Bila Amalkan Makan Nasi Segenggam & Stop Benda Manis!

Baca Panduan Ini Jika Anda Ingin Membeli Rumah Pertama Anda!

Membeli rumah adalah impian setiap orang di Malaysia. Terutama rumah pertama yang ingin didiami. Rumah untuk pelaburan dibeli dengan strategi lain.

Artikel ini hanya sesuai untuk yang masih ‘zero’ atau kurang ilmu tentang hartanah. Yang dah ‘otai’ ‘expert’ tak perlu baca panduan ini. Terutama bagi pasaran subsale. Saya akan terangkan;

  • Objektif beli rumah
  • Jenis-jenis rumah
  • Cara kira kelayakan pinjaman perumahan
  • Kos beli rumah
  • Market value dan Selling Price
  • Perlu Ke Guna Ejen Untuk Beli Rumah
  • Kepentingan viewing rumah untuk dibeli
Continue reading Baca Panduan Ini Jika Anda Ingin Membeli Rumah Pertama Anda!

Begini Caranya Buat Aiskrim Malaysia Jadi Lembut Dan Enak. Patutlah Viral Sehingga 15K Share!

Ingat tak masa kecil dulu, balik aje dari sekolah, akan singgah membeli aiskrim Malaysia. Memang banyak perisa. Paling best harganya murah aje serendah 10 sen pun ada.

Tetapi dengan peredaran masa, aiskrim Malaysia semakin dilupakan setelah kewujudkan pelbagai jenama aiskrim yang mempunyai pelbagai rasa.

Namun, aiskrim Malaysia sejak akhir-akhir kembali dekat di hati rakyat Malaysia, malah kanak-kanak generasi kini. Malah beberapa resepi membuatnya telah menjadi viral.

Terkini, resepi perkongsian daripada puan Aida Radzuan yang telah mendapat 15 ribu lebih share. Apa lagi, resepi pun dah ada.

Jom kita semak resepi aiskrim Malaysia yang viral ni.

Continue reading Begini Caranya Buat Aiskrim Malaysia Jadi Lembut Dan Enak. Patutlah Viral Sehingga 15K Share!

Apa Kita Buat 1 Jam Selepas Subuh, Akan Beri Kesan Sepanjang Hari!

Kita selalu dengar, mulakan hari dengan semangat dan perkara-perkara positif,  agar sepanjang hari yang dilalui menjadi lancar dan mudah.

Pun begitu jika permulaan hari diisi  dengan perkara-perkara yang kurang baik, akan memberi kesan yang sebaliknya.

Jadi jika ditanya, apakah perkara terbaik untuk kita seisi keluarga lakukan setiap pagi agar menjadi permulaan hari yang terbaik untuk kita semua.

Hal ini telah dikongsikan di akaun fb  Abu Hurairah Asifa dan ini katanya.

1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita. Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?

Continue reading Apa Kita Buat 1 Jam Selepas Subuh, Akan Beri Kesan Sepanjang Hari!

Wanita Ini Turun 40kg Lepas Amalkan Menu Diet Suku-Suku Separuh!

Orang kata nak turunkan berat badan kena amalkan pemakanan diet suku-suku separuh. Baru usaha nak turunkan berat badan berjaya. Ditambah dengan kesungguhan dan tekad, bukanlah satu yang mustahil untuk anda turunkan berat.

Buktinya boleh dilihat pada kesungguhan seorang pengguna Facebook bernama Siti Rohayatul Husni Moktar yang berjaya menurunkan berat 40kg selama 8 bulan ini. Rahsianya dengan mengamalkan diet suku-suku-separuh bersama 20 tip lain.

Nak tahu macam mana dia lakukan? Jom baca perkongsiannya. Moga impian anda tahun ini nak turunkan berat menjadi kenyataan. Selamat berjaya!

Continue reading Wanita Ini Turun 40kg Lepas Amalkan Menu Diet Suku-Suku Separuh!

Cara Buat Terapi Mandi Ais Guna 4 Bahan Untuk Rawat Stres, Elak Sakit Kepala & Penat Badan!

Tidak dinafikan terapi mandi ais memang banyak manfaatnya. Selain memberi kesegaran pada tubuh badan, terapi mandi ais juga elok diamalkan untuk mengatasi sakit kepala, lenguh badan dan stres.

Bukan sahaja rawatan tradisional mengamalkan terapi mandi ais ini, kebanyakan spa moden juga sudah menjadikan terapi mandi ais ini sebagai salah satu rawatan utuk kesihatan dan kecantikan.

Menurut Fatin Lee, terapi mandi ais ini telah menjadi amalannya sejak tiga tahun bagi mengatasi masalah sakit kepala dan penat badan.

Continue reading Cara Buat Terapi Mandi Ais Guna 4 Bahan Untuk Rawat Stres, Elak Sakit Kepala & Penat Badan!

Doktor Ini Kongsi Tip Turunkan Berat Guna Diet Sukusukuseparuh Walaupun Makan Nasi!

Bagi yang tidak boleh meninggalkan nasi, apa kata cuba konsep diet Sukusukuseparuh untuk menurunkan berat badan. Maklum sahajalah tidak semua orang boleh menukar menu makanan semata-mata untuk kurus.

Jadi untuk melatih perut anda agar kekal kenyang walaupun berdiet, konsep Sukusukuseparuh ini sememangnya sesuai untuk anda amalkan.

Dalam konsep diet Sukusukuseparuh ini, anda masih makan nasi tapi dalam jumlah yang sedikit bersama sayur-sayuran yang banyak dan makanan sumber protein untuk membuatkan anda kenyang lama.

Sekiranya anda sedang mencari diet yang sesuai untuk menurunkan berat badan, konsep Sukusukuseparuh yang dikongsikan Doktor Khairul Hafidz Alkhair ini boleh anda jadikan panduan.

Continue reading Doktor Ini Kongsi Tip Turunkan Berat Guna Diet Sukusukuseparuh Walaupun Makan Nasi!

Ciuman Mak Ayah Buat Anak Mudah Dengar Kata. Jika Setiap Hari, Lagi Hebat Auranya!

Mencium anak-anak adalah sangat penting untuk menumbuhkan EQ anak dengan lebih segar. Anak-anak yang sering dicium dengan penuh kasih sayang merasai dirinya dikasihi.

Berdasarkan pengalaman Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Ibu Rose dia menegaskan jangan segan untuk mencium anak walaupun mereka sudah besar. Sekiranya mereka sering dicium semasa kecil, anda akan mendapati bila mereka sudah remaja, perkara itu jadi kebiasaan bagi mereka.

Continue reading Ciuman Mak Ayah Buat Anak Mudah Dengar Kata. Jika Setiap Hari, Lagi Hebat Auranya!

Poket Selalu ‘Kering’, Mungkin Sebab Anda Tidak Pedulikan Keadaan Dalam Rumah!

Pernahkah anda terfikir, walaupun sudah macam-macam benda yang kita buat, masih lagi sempit rezeki. Bukan sekadar beribadah, berdoa meminta dari Allah SWT, tetapi cuba lihat persekitaran kita.

Menurut perkongsian dari pengguna akaun Maryam Salleh, dia juga pernah mengalami perasaan ini. Merasakan rezeki orang lain murah, tetapi diri sendiri terasa sempit. Sehinggalah akhirnya dia mendengar ceramah dari seorang ustaz yang memberitahu, kadang-kadang rezeki jadi sempit berpunca dari dalam rumah kita sendiri.

Ikuti perkongsian bermanfaat ini, supaya dapat memberi jawapan kepada persoalan kita semua selama ini.

Continue reading Poket Selalu ‘Kering’, Mungkin Sebab Anda Tidak Pedulikan Keadaan Dalam Rumah!