Lihat Bagaimana Cikgu Ini “Makeover” Interior Flat Jadi Cantik!

Ramai memberi perspektif negatif terhadap kediaman jenis flat. Tetapi ramai pula mengubah perspektif tersebut seperti yang dilakukan oleh Cikgu Farid Saadul Baharim.

Rumah pertama yang dibina untuk menjadi ‘syurga’ bersama isteri dan isi rumah yang bakal hadir ialah sebuah flat yang diubah suai interior bak kondo. Pemilik yang suka dekorasi rumah telah memilih warna hitam dan putih sebagai tema.

Pemilihan tema hitam putih dalam rumah tidak salah tapi kena pandai main warna.

Bagi pemilik, dekorasi kediaman perlu seimbang, dan yang paling penting rumah tidak sarat dengan aksesori dan perabot. Yang mustahak dalam ubahsuai kediaman sempit ini adalah perancangan.

Upah pekerja untuk melakukan ubah suai di anggarkan RM10K. Untuk kemasan seperti jubin, sinki, pintu, sliding door dan sebagainya dibeli sendiri selepas melakukan pelbagai rujukan dan survey.

Wainscoting juga saya dan isteri saya buat sendiri dengan bajet RM250 sahaja berbanding dengan mengupah orang sampai RM1K.

Yang mana boleh buat sendiri, saya dan isteri buat, bila dah siap rumah paling kurang ada kenangan manis bangun dan cantikkan rumah ini sama-sama.

Tak salah kita berbelanja lebih sikit untuk rumah sendiri asal nampak selesa sebab benda ni kekal lama – untuk rumah kita juga, bagi selesa isteri, anak-anak tinggal.

Kita balik dari kerja penat-penat masuk rumah sedap mata memandang dan boleh rehat. Buat ikut kemampuan diri dan sikit-sikit.

*Sumber: Majalah Impiana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *