Tips ini telah diterbitkan dalam majalah Impiana yang ditulis oleh Tuan Azizul Azli, seorang Pensyarah Kanan di Fakluti Senibina Perancangan dan Ukur dari Jabatan Senibina Dalaman.
40 TIPS RINGKAS BELI RUMAH
1. Sebaiknya elakkan membeli unit paling tinggi bagi rumah bertingkat
2. Beli hartanah yang sedia ada atau sudah siap
3. Beli hartanah yang berpotensi untuk disewakan
4. Beli hartanah, sewakan dan simpan
5. Jangan terburu-buru membuat keputusan membeli hartanah
6. Elakkan membeli kediaman terletak berdekatan dengan tangga atau lif
7. Jauhi kawasan yang negatif
8. Sebaiknya beli rumah yang minimum 3 bilik tidur dan 2 bilik air
9. Jika mampu, beli unit tepi
10. Beli di persekitaran yang selamat dan harmoni
11. Beli hartanah yang tiada monopoli oleh bangsa tertentu
12. Beli mengikut kemampuan atau bajet
13. Beli rumah yang baik pulangan atas pelaburan (ROI) yang tinggi
14. Jangan membeli rumah yang sudah lama atau terlalu berusia.
15. Beli rumah yang sediakan tempat letak kereta yang cukup
16. Beli yang berhampiran yang adan kemudahan awam seperti pasaraya, LRT, balai polis, sekolah, kolej, universiti, klinik, hospital, bank, masjid dan lain-lain lagi
17. Beli di kawasan pertumbuhan tinggi dan pesat membangun
18. Jangan beli properti berdasarkan spekulasi atau cakap-cakap orang
19. Beli properti yang berhampiran jalan laluan utama atau lebuhraya
20. Beli 10%-20% di bawah harga pasaran semasa (jika dapat)
21. Hartanah yang orentasi matahari betul
22. Hartanah orentasi kiblat baik
23. Hartanah menghadap hijau dan air
24. Ruang siling yang tinggi
25. Sebaiknya beli rumah yang lengkap atau adanya ubah suaian tersedia
26. Beli rumah di kawasan perumahan yang sediakan tangki air besar
27. Jangan beli properti di kawasan yang bermasalah seperti pernah berlakunya bencana alam seperti banjir
28. Jangan beli di kawasan kadar jenayah yang tinggi @ ‘black area’.
29. Jangan beli rumah yang mengadap kilang atau jalan raya
30. Jangan beli rumah berhampiran kabel kuasa tinggi
31. Jangan beli rumah hadapan tanah kosong yang tidak pasti apa tujuannya akan datang
32. Beli di kawasan kejiranan penduduk tetap bukannya ramai yang jadi penyewa
33. Beli berdasarkan margin gaji kita yang betul.
34. Jangan beli kerana ramai orang beli, belum tentu ianya berpotensi.
35. Jangan beli kerana emosi
36. Jangan beli sebab murah tetapi beli sebab ianya ada potensi.
37. Mulakan dengan kediaman kecil dan sederhana.
38. Mintak pandangan kedua sebelum beli rumah pertama
39. Rumah pertama sebaiknya rumah pelaburan bukan rumah idaman kita
40. Jangan guna pembiayaan kerajaan untuk rumah pertama, guna bank pun tak mengapa.
*Sumber: Majalah Impiana