Perniagaan Ebay – 4 Langkah Perlu Tahu

Perniagaan Ebay – Andakah ada pengalaman berniaga di sana?

Apa yang perlu orang baru tahu pasal belajar bisnes ebay? Baca artikel ini hingga habis.

Saya menerima banyak pertanyaan dari orang baru yang masih tak faham macam mana nak mulakan perniagaan di ebay.

Soalan yang kerap ditanya:

Bagaimana hendak memulakan perniagaan di ebay? Berapa modal permulaan untuk berniaga di ebay? Jika tak pandai menulis bahasa Inggeris boleh ke berniaga di ebay? dan banyak lagi.

Ok baiklah.

Saya harap artikel ini dapat membantu usahawan yang baru nak melibatkan diri dalam perniagaan di ebay dan boleh tahu macam mana nak mula.

Continue reading Perniagaan Ebay – 4 Langkah Perlu Tahu

Ketahui 17 Rahsia Supplier Dropship China Yang Menghasilkan 5 Angka Jualan di Ebay!

Kali ini saya nak dedahkan mengenai supplier dropship china yang boleh memberikan kepada anda alternatif untuk anda memulakan bisnes di ebay secara dropship.

Kesemua supplier ini adalah supplier china yang menggunakan bahasa inggeris.

Sebenarnya selain dari aliexpress.com, masih ada banyak lagi website lain yang anda boleh gunakan.

Mari saya bocorkan kepada anda antara website yang ebay seller gunakan untuk jual barang di ebay.

Ada 17 website ke semuanya.

Continue reading Ketahui 17 Rahsia Supplier Dropship China Yang Menghasilkan 5 Angka Jualan di Ebay!

Jualan Kopi Oleh Penjual Malaysia Cecah USD 2,036,282 di Pasaran USA!

Anda pasti terkejut beruk dan tak sangka jualan kopi di pasaran ebay USA oleh ebay seller Malaysia mengikut statistik dari data terapeak bermula dari 6 Feb 2017 sehingga 6 Feb 2018 telah mencecah 2 juta USD dalam masa setahun.

Banyak kan? Dalam ringgit Malaysia bersamaan dengan RM7.95 juta!

Ini adalah data bilangan unit terjual setiap hari oleh 93 orang seller malaysia.

Dari segi persaingan pula ianya adalah sangat sihat sebab hanya 93 orang sahaja seller dari Malaysia.

Continue reading Jualan Kopi Oleh Penjual Malaysia Cecah USD 2,036,282 di Pasaran USA!

Pentingkah Dibuat Kajian Pasaran Sebelum Menjual Di Ebay?

Hari ini saya nak cerita sedikit sejarah tentang terapeak dan ebay.

Pada penghujung tahun 2017, 13 December 2017,  company ebay telah mengumumkan untuk membeli syarikat terapeak untuk bergabung dengan seller hub mereka.

Terapeak telah ditubuhkan pada tahun 2004 oleh dua orang ebay power seller di Canada. Tujuan penubuhan syarikat database ebay ini adalah untuk membantu para penjual di ebay mengoptimumkan jualan mereka pada titik maksimum.

Kenapa ebay sanggup beli syarikat terapeak ni?

Penting sangat ke syarikat Terapeak ni?

Jawapannya sudah tentulah sangat penting!

Sebabnya Terapeak mempunyai fungsi menganalisis data jualan di ebay untuk seluruh negara yang ada di dunia ni.

Continue reading Pentingkah Dibuat Kajian Pasaran Sebelum Menjual Di Ebay?

Bagaimana Cara Nak Buat Kajian Pasaran Produk Trending di Ebay?

Saya terima pertanyaan tentang macam mana nak buat kajian pasaran di Ebay.

Kalau anda ada soalan tu kat minda anda maknanya anda memang berminat untuk belajar macam mana nak buat duit kat ebay ni.

Ucapkan tahniah buat diri anda sebab anda akan belajar sesuatu dari post artikel kali ini.

Continue reading Bagaimana Cara Nak Buat Kajian Pasaran Produk Trending di Ebay?

Jualan Tupperware RM233,169 Setahun di Market Ebay Australia!

Seller ini berjaya buat jualan $58,593 (RM233,169) dalam tempoh setahun (Jun 2017- Mei 2018) di market eBay Australia.

Dengan purata jualan sebulan sebanyak $4882.75 (RM19,409.11 sebulan), seller ni berjaya buat jualan dengan konsisten hanya fokus kepada barang keluaran tupperware sahaja.

Jika saya ambil 35% profit dari jualan sahaja seller ni dah ada gaji sebanyak RM6,793.19 sebulan!

Untuk makluman anda, ini adalah data dari seorang seller sahaja di ebay dan saya hanya fokuskan pada market ebay australia sahaja.

Continue reading Jualan Tupperware RM233,169 Setahun di Market Ebay Australia!

Jualan Kaftan Malaysia Mencecah 5 Angka Di Ebay, Anda Percaya?

Siapa sangka pakaian kaftan malaysia mendapat tempat di pasaran luar negara?

Jangan sangka nak export ke luar negara tu mestilah kena ada jualan yg besar. perlu ada gudang dan kilang. perlu export menggunakan kontena dan sebagainya

Jika anda berfikiran sebegitu, sampai bila-bila anda tidak akan bermula untuk menceburi perniagaan secara online.

Bukan sahaja jualan di dalam negara, malahan jualan di luar Malaysia juga tak akan mampu untuk anda lakukan.

Continue reading Jualan Kaftan Malaysia Mencecah 5 Angka Di Ebay, Anda Percaya?

Dropship Ebay – 3 Langkah Nak Jadi Usahawan Dropship Yang Berjaya

Artikel ini terangkan cara jadi dropship ebay dan saya kongsikan satu teknik yang dipanggil custom dropship untuk berniaga di ebay. 

Sebenarnya ada seribu satu teknik dropship untuk menjual di ebay.

Tapi jarang kita jumpa teknik yang menunjuk secara terperinci bila mencari di Google, lebih-lebih lagi artikel dalam bahasa Melayu.

Saya nak kongsikan cara berniaga di ebay supaya ramai membuka mata terutama orang Melayu bahawa peluang untuk menjana pendapatan lumayan dari rumah tidak mustahil pada zaman IT ini.

Anda perlu rajin menimba ilmu dan modal permulaan yang kecil.

Continue reading Dropship Ebay – 3 Langkah Nak Jadi Usahawan Dropship Yang Berjaya

Adakah Anda Tahu 7 Jenis Barang Yang Terjual di Ebay Setiap 10 Saat?

Terima kasih kerana sudi follow artikel-artikel saya. 🙂

InsyaAllah saya akan terus berkongsi di blog ini tentang potensi perniagaan di ebay.

Saya tahu, ada mata-mata yang kurang senang apabila saya berkongsi bisnes ebay ini terutamanya barang apa yang dijual. Di mana saya kongsi secara terbuka kerana ini akan menambah pesaing di ebay oleh seller yang sama.

Tapi prinsip saya mudah. Rezeki ni Allah yang bagi, bukan boss yang bagi, bukan kawan anda yang bagi dan bukan makhluk Allah yang bagi.

Makhluk Allah itu hanyalah perantara sahaja untuk menyampaikan rezeki kepada setiap hambaNYA.

Sama juga seperti bisnes di ebay. Bisnes di ebay ini adalah perantara (platform) sebagai marketplace yang berpotensi untuk mendapatkan rezeki sampingan anda.

Continue reading Adakah Anda Tahu 7 Jenis Barang Yang Terjual di Ebay Setiap 10 Saat?

Betul ke Bisnes Online Di Ebay Masih Relevan?

Ramai orang pandang rendah dengan potensi perniagaan di Ebay. Ada yg bertanya dengan saya, masih relevankah bisnes di ebay ni?

Jawapannya YA. Masih relevan selagi anda berniaga dengan cara yg betul.

Baru-baru ini rakan saya telah buka bisnes offline iaitu bisnes kedai makan. Katanya, sebelum ini beliau hanya mendengar dan dah sedia maklum, bisnes offline ni perlukan modal yang besar.

Tapi lepas dah buka bisnes offline dan dah merasainya sendiri modal yang keluar, barulah beliau dapat menjiwai bahawa bisnes online ni sangat best dan lebih berpotensi untuk dapatkan pulangan yang lumayan dengan modal yang sangat-sangat rendah.

Continue reading Betul ke Bisnes Online Di Ebay Masih Relevan?