Ramai Tak Tahu Cara Menulis Headline Yang Memukau Kurang 9 Saat

Dalam konteks pengiklanan visual (Facebook, Instagram, Surat Khabar), perkara kritikal yang kita wajib mahir ialah tarik perhatian. Bila kita berjaya menarik perhatian pembaca, itu tandanya iklan kita akan di baca.

Antara fakta yang kita kena faham ialah orang memang terlalu sibuk.

Sibuk dengan hal masing-masing. Kalau tak sibuk, dia akan buat-buat sibuk juga. Ya, itulah sifat manusia.

“Manusia yang paling sibuk adalah manusia yang tak buat apa-apa” 

Jadi apa perlu kita lakukan?

Jika iklan kita tidak mampu menarik perhatian orang?

Jangan harap mereka nak baca keseluruhan apa yang kita tulis, buat penat je.

Sebab itulah headline merupakan nadi paling kritika; dalam penulisan iklan dan surat jualan  Dan pada kali ini, kita akan belajar.

Bagaimana ingin menulis headline yang memukau kurang 7 saat. (Maksud 7 saat bukan pada cara nak tulis. Tapi ketika pembaca membaca headline tersebut) 

1. Tujukan kepada satu kelompok yang spesifik sahaja.

Ingat lagi kisah pasal orang? Orang sentiasa sibuk.

Jika sesuatu perkara itu tak ada kena-mengena dengan mereka, mereka akan abaikan. Dan mula sibukkan diri dengan benda lain.

Jadi antara cara cepat untuk ‘menarik perhatian’ ialah dengan memanggil mereka. Manusia sangat peka jika sesuatu perkara itu melibatkan mereka.

Contoh nama anda ‘Ali’.

Jika saya panggil; “Ali, sila ke depan”. Sudah tentu Ali akan fokus kepada apa yang saya nak sampaikan.

Mudah sahaja teorinya. Bila ada orang panggil kita. Kita akan ‘angkat tangan’ & berkata;
“Ya! Aku disini, kenapa?”

Ini ialah antara sebab kenapa kebanyakan headline yang menjual itu hanya fokus kepada satu kelompok pelanggan sahaja sebab ia lebih personalize.

(Banyak case study dari klien kami yang berjaya dengan headline jenis ini)

Saya menunggu satu hari nanti Facebook akan mengemaskinikan sistem iklan mereka. Sehingga kita boleh panggil seseorang dengan ‘Nama’. Tentu ia menarik kan?

Jadi jangan panggil semua orang. Semakin umum sesuatu headline ditulis, semakin susah kita nak minta mereka ‘angkat tangan’.

Bak kata orang puteh;

“When we talk to everybody, we talk to nobody”

Bila kita cakap dengan semua orang sebenarnya kita tidak bercakap dengan sesiapa pun.

Contoh yang saya bawakan disini. Bayangkan diri anda sebagai pembaca yang suka melancong, mana satu headline yang lebih menarik perhatian:

  1. Suka melancong?
  2. Suka melancong ke eropah?
  3. Suka melancong ke Eropah pada musim salji?

Jika anda, pilih yang mana? 1, 2 ke 3.

Ikut kajian saya & team Fames, semakin spesifik, semakin mudah orang tertarik dengan sesuatu headline atau tajuk iklan atau surat jualan.

Ok, selepas selesai belajar pemahaman ini, kita pergi kepada poin nombor 2 berikut:

2. Kenal pasti apa manfaat no.1 yang pelanggan kita nak.

Ia bergantung kepada kelebihan produk dan kemahuan pelanggan anda.

Kunci untuk tahu dengan cepat apa yang pelanggan mahukan ialah dengan mendengar penuh teliti. Senang cerita ‘pasang telinga’ apa yang pelanggan cakap.

Ia terbahagi kepada dua bentuk;

  1. Apa yang pelanggan selalu komplen?
  2. Apa yang pelanggan selalu tanya?

Dua soalan ini penuh bermakna.

Soalan yang ditanya merupakan petunjuk itulah manfaat utama yang mereka cari dalam produk/servis kita. Manakala komplen adalah apa yang pelanggan tak mahu.

Sebagai contoh, jika anda menjual power bank kepada lelaki yang suka melancong jauh;

i – Kita kena tahu jenis power bank yang lelaki melancong itu inginkan?
ii – Dan kenapa dia cari manfaat seperti itu?

Kita hanya dapat jawab 2 soalan di ini.

Jika kita beri peluang kepada telinga kita mendengar apa yang pelanggan tanya dan komplen. Contoh soalan yang sering ditanya:

Soalan tentang kemahuan – “Power bank ini, boleh caj berapa kali?”
Sebab datang dari komplen – “Baru caj 2-3 kali dah habis bateri”

Jika anda sudah tahu apa yang mereka inginkan. Barulah anda gabungkan poin nombor 1 dan poin nombor 2.

Untuk menggabungkan-nya, lihat poin nombor 3.

3. Buat headline jenis offer berdasarkan maklumat poin nombor 2.

Bila anda sudah tahu manfaat yang prospek betul-betul cari, ia sudah menjadi lebih mudah.

Anda hanya perlu masukkan sahaja manfaat tersebut di bahagian headline seperti:

Poin 1 – Suka travel ke eropah pada musim salji?
Poin 2 – Bateri cepat habis. Power bank ini boleh caj lebih 20 kali.

Sebagai copywriter untuk syarikat-syarikat SME, saya lihat pada tahun 2016 manusia semakin terdedah kepada teknologi.

“Dah kenapa cerita pasal teknologi?” – Sabar. Ada kena mengena dengan tajuk ini.

Teknologi mempengaruhi rutin dan tindakan manusia. Jika dahulu manusia boleh bersabar, sekarang semua benda nak cepat. (ditambah dengan sifat semulajadi malas manusia)

Begitu juga dalam copywriting. Jika dahulu manusia mampu menunggu 10 saat untuk kita terangkan apa yang kita jual, kini tinggal 5 saat sahaja.

Sebab itu kalau anda perasan kenapa iklan di Youtube hanya 5 saat sebelum kita dibenarkan ‘skip’ iklan. Semuanya telah dikaji. (Ini tajuk panjang, tak sempat cerita dalam artikel ini)

Moral of the story ialah kalau kita tak boleh beritahu pembaca dalam masa 5 saat apa yang kita tawarkan, iklan kita ada potensi besar tidak dibaca.

Akhir kata daripada saya…

Kenapa headline jenis ini sangat berpengaruh dan membuatkan orang teringin nak membeli?

  1. Headline ini fokus kepada satu kumpulan pelanggan sahaja.
  2. Headline ini menawarkan manfaat yang betul-betul pelanggan nak.
  3. Pelanggan boleh faham apa yang kita jual kurang 5 saat.

Itu sahaja untuk artikel buat kali ini.

Bagi anda yang nak belajar lebih lanjut:

  • Bagaimana nak menulis iklan dengan betul?
  • Dah penat langgar dinding, buat iklan asyik tak jadi?
  • Nak belajar dari asas direct dengan saya?

Saya cadang anda rujuk Video Copywriting Junior, oleh Tuan Faris Osman.

Beliau dah susun video istimewa untuk anda belajar dari rumah. Setakat ini sudah lengkap 22 video dan anda akan dapat update percuma seumur hidup jika ada video-video terbaru akan datang.

Klik sini untuk belajar menulis copywriting yang lebih memukau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *